Hasil perbincangan mengenai konsep pemikiran
kalam ahli sunnah waljamaah mendapati bahawa Teologi ahli sunnah waljama’ah merupakan aliran
teologi terbesar dan terbanyak penganutnya di dunia Islam. Kajian ini mendapati pula bahawa Teologi Ahli sunnah bersifat terbuka,
realistik, dan pragmatis, serta bersikap
positif terhadap kemajuan sains dan teknologi.
Kerana itu, mereka yang menilai aliran al-Ashcariyyah
sebagai aliran fatalisme, determinisme atau Jabariyyah, bukan ahli sunnah
tidaklah tepat. Teologi Ahli
sunnah boleh dianggap sebagai teologi
yang berperanan sebagai acuan bagi
pengembangan teologi Islam seterusnya, kerana teologi ini, selain ia sangat
menjunjung tinggi posisi akal sebagai anugerah Ilahi, ia juga sangat
menghormati dan menjunjung tinggi posisi wahyu sebagai tuntunan Ilahi yang
sentiasa aktual.
Kajian ini juga menyimpulkan bahawa Allah
mempunyai sifat-sifat yang bersesuaian
dengan keagungan (جلال),
kesempurnaan (كما ل)
dan keindahan (جما ل)
Allah Azza Wajallah Menurut ulama Ahli Sunnah Waljamaah, Allah tidak mengetahui
dengan esensi-Nya, tetapi dengan ilmunya. Allah, dalam perbuatan-Nya, di
samping menunjukkan bahawa Dia Maha Mengetahui, Berkuasa, Berkehendak dan
sebagainya juga menunjukkan bahawa Dia mempunyai sifat-sifat cilmu,
kudrat, irādat dan sebagainya. Adapun sifat Allah tersebut bukanlah zat-Nya, tetapi bukan pula lain
daripada zat. Semua sifat itu azali dan qadim serta
berdiri sendiri pada zat-Nya.
Seterusnya, al-Qur’an bukanlah diciptidakan, tetapi
bersifat qadim, kerana
Allah semenjak azal telahpun berfirman.
Konsep
kenabian dalam pandangan Ahli Sunnah Waljamaah adalah;
seseorang yang diutus oleh Allah kepada makhluknya bagi memperkenalkan tugas kenabian kepada manusia berupa hukum peribadatan, janji dan ancaman, serta pahala dan dosa.
Dalam pandangan al-Ashcari, Nabi berbeza dengan
Rasul, kerana semua Rasul adalah Nabi tetapi tidak semua Nabi adalah Rasul. Walau
bagaimanapun pandangan al-Ashcari ini tidak diikuti
oleh murid-muridnya, kerana mereka (tokoh-tokoh asya’irah lainnya) sepakat
melihat bahawa ‘Nabi’ dan ‘Rasul’ sama-sama mendapat tugas untuk menyampaikan
ajaran Allah kepada manusia. Oleh kerana itu, sama ada Nabi mahupun Rasul,
mestilah seseorang daripada jenis laki-laki.
Manakala al-Samciyyat dalam
pandangan ahli sunnah adalah merupakan sesuatu perkara yang tidak mesti
diterima secara tidaklid,
kerana akal budipun mengakuinya dengan pasti dan meyakinkan, berdasarkan
tuntunan wahyu dan hidayah Allah s.w.t. Semakin mendalam pemahaman seseorang
terhadap konsep al-samciyyat, akan semakin mendalam
pulalah keyakinannya terhadap hari kebangkitan, dan pada akhirnya akan
membentuk sikap yang penuh kesedaran, mawas diri serta sentiasa mendekatkan
diri kepada Allah Swt.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar