Jumat, 27 Juli 2012

Melihat Allah di Akhirat.

Dalam hal melihat Allah, al-Ashcari menyatidakan bahawa Allah dapat dilihat oleh manusia dengan mata kepala di akhirat nanti. ([1]) Di antara alasan-alasan yang dikemukakannya ialah bahawa yang tidak dapat dilihat hanyalah yang tidak mempunyai wujud, yang mempunyai wujud pasti dapat dilihat. Allah berwujud,

Iman dan Kedudukan Pelaku Dosa Besar di Akhirat

Iman kepada Allah menempati kedudukan utama dalam al-Qur'an. Ayat pertama, yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w. pun mengisyaratkan hal ini, ([1]) dengan perintah untuk membaca dengan menyebut nama

Konsep “al- Bacth”

Semua agama menyebutkan bahawa manusia tidaklah musnah kerana datangnya kematian, melainkan hanya berpindah tempat daripada alam dunia ke alam yang lain, di sana manusia akan menerima imbalan daripada perbuatan-perbuatannya sama ada yang baik ataupun yang buruk.

Pengertian Sam’iyyat.

Term al-Samciyyat merupakan salah satu perkara teologi yang banyak mendapat sorotan bahkan menjadi perkara yang kontroversial dikalangan mutidakallimin, termasuk diantaranya adalah aliran  Ashcariyyah.

Al-Ismah.

Adalah sesuatu yang tidak mungkin diperbalahkan lagi, bahawa ketika Allah s.w.t. memilih hambanya sebagai Rasul atau Nabi, tentu telah melalui pelbagai persiapan berupa pemeliharaan atau pendidikan khas

Al- Mukjizāt.

Sebagaimana yang telah dikemukakan di atas bahawa, Kenabian, dalam pandangan al-Ashcari, sesungguhnya merupakan anugerah terbaik daripada Allah s.w.t. untuk seseorang hambah yang dipilih oleh-Nya.

Pentingnya Kenabian.


Apabila kita memperhatikan khazanah sejarah umat manusia, disetiap terjadi masa kevakuman, maka kebejatan moral dan kegelapan jiwa serta kebiadaban pasti  terjadi dimana-mana. Maka dimasa-masa itu

Pengertian ‘Nabi’ dan ‘Rasul’

Dalam upaya memahami konsep “kenabian dan kerasulan” dalam Islam, perlu dilihat asal usul perkataan Nabi dan Rasul, istilah ini dianggap penting agar dapat difahami dengan jelas, bahawa istilah yang digunakan Islam memiliki pengertian khas yang berlainan dengan pengertian umum yang digunakan untuknya.

Konsep al-kasb

Manusia atau dalam bahasa Arab al-nās atau al-insān menurut ajaran Islam adalah makhluk terbaik ciptaan Allah.([1]) la merupakan makhluk termulia dibandingkan makhluk atau wujud lain yang terdapat di jagat raya

Konsep Keadilan Allah.

Masalah keadilan Allah juga menjadi pembahasan yang banyak mendapat perhatian umat Islam. Kata "keadilan" berasal dari bahasa Arab: العدل , iaitu bentuk masdar dari  عدل, يعدل عدلا .

Iradat dan Kudrat Allah

Dalam teologi Islam, terdapat dua pandangan mengenai kekuasaan dan kehendak Allah. Pertama, bahawa kekuasaan dan kehendak Allah pada hakikatnya tidak lagi bersifat mutlak semutlak-mutlaknya, ([1]) kerana dibatasi, antara lain, oleh nature atau sunnah Allah yang tidak mengalami perubahan. ([2]) Allah swt menjelaskan dalam al-Qur’an: ولن تجد لسنة الله تبديلا[3] tafsirnya: Tidak akan engkau jumpai perubahan pada Sunnah Allah”.

Hakikat Kalām Allah

Kalam Allah atau al-Qur’ān al-Karim memperkenalkan dirinya dengan berbagai ciri dan sifat. Salah satu di antaranya adalah bahawa ia merupakan kitab yang keautentikannya dijamin oleh Allah s.w.t., dan ia adalah kitab yang selalu terpelihara.  Allah s.w.t. berfirman: [1]انا نحن نزلنا الذكر وانا له لحافظون bermaksud:

Konsep Sifat Allah

Persoalan sifat-sifat Allah, merupakan perkara yang banyak dibicarakan oleh ahli teologi Islam. Berkaitan dengan itu berkembang dua teori iaitu: teori ithbāt al-sifāt dan nafyi al-sifāt. Teori pertama, mengajarkan, bahawa Allah memiliki sifat-sifat, seperti mendengar, melihat dan berbicara. Teori itu dianut oleh kaum

Hakikat kewujudan Allah

Untuk membuktikan wujud Allah, ada empat argument yang sering dikemukakan oleh ulama kalam([1]) iaitu:
Petama, argumen penciptaan; bahwa manusia tidaklah menciptakan dirinya sendiri dan anak-anaknya, tidak pula ia menciptakan bumi tempat ia berpijak, dan langit tempat ia bernaung tetapi diciptakan oleh Allah swt. [2]

Metodologi Pemikiran al-Juwayni.[1]


    Setelah zaman al-Baqillani berlalu, datanglah zaman al-Juwayni. Pada zaman ini metodologi al-Ashcariyyah dikemas dengan kemasan logika lebih dari  sebelumnya. Dalam bukunya “al-Irshad ila qawatic al-adillah” ia menegaskan bahawa kewajipan seseorang muslim dewasa ialah mengadakan

Metodologi Pemikiran al-Baqillani[1]


Seperti dimaklumi, bahawa Imam Ashcari dan tokoh-tokoh Ashacirah priode awal telah meninggalkan warisan metodologi. Keberadaan metodologi itu berlangsung dan dimanfaatkan oleh pengikut yang hidup setelahnya sampai pada periode sejarah al-Baqillani hidup.

Metodologi Pemikiran Abu al-Hasan al-Ash'ari


Metodologi Pemikiran Abu Hasan al-Ashcari dapat dilihat dalam beberapa aspek tinjauan, iaitu, aspek dasar pijakan (sumbernya), aspek dualistik (mendua) dan aspek kemoderatan (posisi menengah) diantara beberapa metodologi yang ekstrim.

METOD PEMIKIRAN TOKOH-TOKOH AHLI SUNNAH WALJAMA’AH


          Suatu hal yang penting dan mesti dikemukakan di sini bahawa, sesuatu aliran yang telah melintas dalam sejarah, pasti ia tidak mampu bertahan tanpa mengalami perubahan atau  pengembangan yang signifikan dalam dirinya. Sebagai  sesebuah aliran yang telah hadir dalam khazanah pemikiran Islam, al-Ashcariyyah pun tidak luput dari pengembangan tersebut, sama ada pada taraf metodologi mahupun menyangkut tema-tema kajian.

Kamis, 26 Juli 2012


Kesimpulan

Dari huraian-huraian di atas dapat disimpulkan bahawa tokoh-tokoh atau ulama-ulama yang berafiliasi kepada aliran al-Ashcariyyah telah melakukan reaktualisasi sama ada  dari aspek metodologi mahupun pada aspek materi ajarannya. Perkembangan metodologi yang terjadi dalam aliran ini tidak hanya berlaku pada satu zaman atau satu tokoh, tapi setiap zaman dan tokoh ada sahaja reaktualisasi yang terjadi.

Relevansi Ahli Sunnah dengan al-Ash'ariyyah.


Walau bagaimanapun, patut dikemukakan disini, bahawa sesungguhnya Abu al-Hasan al-Ashcari tidak bermaksud  menubuhkan aliran tersendiri yang terlepas daripada aliran yang telah sedia ada sebelumnya. Seperti yang telah disebutkan, bahawa ketika al-Ashcari,  didalam masjid Basrah,

Faktor penamaan aliran “al-Ash'ariyyah”


Seperti dimaklumi, bahawa sesungguhnya pendapat-pendapat Imam al-Ashcari dalam banyak hal, terutama   menyangkut bidang akidah, disadur dari pendapat-pendapat Ibn Kullab dan pengikut-pengikutnya, sehingga al-Ashcari –dianggap-- tergolong diantara murid-murid Ibn Kullab.

Ahli Sunah Waljamaah (Bidang Akidah)


Sesungguhnya Abu al-Hasan al-Ashcari tidak bermaksud menubuhkan aliran tersendiri yang terlepas daripada aliran yang telah sedia ada sebelumnya, sebab informasi sejarah juga menyatakan bahawa ketika al-Ashcari, di dalam masjid Basrah, menyampaikan ucapan peralihannya dari fahaman Muktazilah,

Al-firqah al-Najiyah


Berangkat daripada pemahaman terma  ahli Sunah waljamaah di atas, soalan selanjutnya adalah; Benarkah semua aliran dan puak dalam Islam itu termaasuk beraqidah  ahli Sunah waljamaah, dengan kata lain,  kriteria apa yang dipakai untuk menilai sebuah aliran boleh memakai label ahli Sunah waljamaah?

Pengertian Ahli Sunah Waljamaah


Terma “Ahli Sunah” sebenarnya bukanlah suatu hal yang baharu dalam Islam, bukan juga suatu terma yang muncul seiring dengan kemunculan Abu Hasan al-Ashcari di awal abad ke-4H.Terma ini telah menjadi istilah popular di masa sahabat sehingga masa-masa berikutnya.

Ahli sunnah dan Dialektika Pemikiran


Di kalangan ahli pikir, masalah dialektik merupakan masalah esensial dalam metodologi pemikiran  mereka. Mereka selalu sibuk mengumpulkan pendapat-pendapat lawan, berikut dengan hujahnya, untuk dibantah dengan hujah yang dianggap lebih kukuh. Untuk keperluan itu, mereka menyusun sistimatka berfikir, yang dijadikan sebagai dasar-dasar dialektik, sama ada untuk mengokohkan pendapat sendiri mahupun untuk menghantam pendapat lawan.

Ahli Sunnah Sebagai Aliran Teologi

Ahli Sunnah Waljama’ah adalah sebuah aliran teologi  yang muncul pada masa Islam mecapai puncak kemajuan dari segi dialektika pemikiran. Aliran ini digagas dan dibangun oleh seorang mutakallim terbesar yang pernah dimiliki dunia Islam. Kebesaran tokoh ini terbukti dari majoriti umat Islam di dunia,

Al-Ash'ariyyah dan Ahli sunnah

Ulama dan tokoh-tokoh aliran al-Ashcariyyah, menurut al-Nashar, adalah ulama yang telah berhasil mengekspresikan substansi falsafah Islam yang sebenar. Sebab hanya merekalah yang mampu menampilkan secara substansial kandungan al-Qurān dan al-Sunnah secara kefalsafahan, begitu pula visi teologi Ahli Sunah waljamaah telah menjelma dan mengkristal pada pemikiran mereka, sehingga mazhab al-Ashcariyyah mampu menjadi sample aqidah Ahli Sunnah waljamaah hingga masa ini, dan akan tetap terpelihara sampai Allah menerima bumi dan isinya (hari kiamat).

PENULIS BUKU KEKERASAN ATAS NAMA AGAMA

H. HAMZAH HARUN AL-RASYID. Lahir 30 juli 1962. Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini memperoleh gelar: • Sarjana Muda (BA) 1987,...