Kamis, 26 Juli 2012

Ahli Sunah Waljamaah (Bidang Akidah)


Sesungguhnya Abu al-Hasan al-Ashcari tidak bermaksud menubuhkan aliran tersendiri yang terlepas daripada aliran yang telah sedia ada sebelumnya, sebab informasi sejarah juga menyatakan bahawa ketika al-Ashcari, di dalam masjid Basrah, menyampaikan ucapan peralihannya dari fahaman Muktazilah,
beliau telah mencanangkan fahaman yang dianut oleh Imam Ahmad bin Hanbal, yakni menghidupkan fahaman Salaf sebagaimana yang dianut dan diajarkan oleh Imam Ahmad. Namun, oleh kerana kejayaan al-Ashcari dalam memperkuat fahaman ulama salaf atau dengan istilah ahli  Sunah dengan alasan-alasan ilmu kalam dalam bentuk yang lebih nyata, maka oleh pengikut-pengikutnya menyamakan mazhab al-Ashcariyyah dengan mazhab ahli Sunah wajamaah[1]

Dengan demikian, kehadiran Abu Hasan al-Ashcari dalam khzanah pemikiran Salaf atau dengan istilah ahli Sunnah telah memberikan nuansa baru yang berbeza dengan masa sebelumnya iaitu, masa  Imam Ahmad ibn Hanbal. Kalau di masa sebelumnya istilah ahli Sunah ada dipakai dalam pengertian umum, maka kali ini secara spesifk diguna dalam bidang akidah. Dengan konteks ini, maka ketika istilah mazhab ahli Sunnah disebut, maka tak syak lagi bahawa maksud sebenar istilah itu adalah  akidah “al-Ashcariyyah”[2]. Perkara ini memang beralasan sebab,   ketika Imam Ashcari menulis satu buku guna menjawab pertanyaan-pertanyaan ahl al- thighar, beliau ada beri nama dengan tajuk cAqidat ahl al-Sunnah wa al-jamacah”.   Itu pulalah sebabnya, Umar Hasyim menyatakan bahawa; “Imam al-Ashcarilah yang mendapat sebutan sebagai pelopor dan pembangun ahli Sunah waljamaah dalam bidang akidah...”[3] Dengan demikian pernyataan Mustafa al-Shakcah, sebagaimana sedia ada disebutkan diawal pembahasan ini  bahawa; terma “Ahli Sunah  waljamaah” pertama kali diidentikkan kepada aliran Ashcariyah,  dapat difahami dan diterima.

            Di atas telah disebutkan bahawa sebelum Imam Ashcari menyampaikan pedato peralihannya dari fahaman Muktazilah, beliau telah mencanangkan fahaman yang dianut oleh Imam Ahmad ibn Hanbal, yakni menghidupkan fahaman Salaf. Menurut Umar Hasyim, konteks sejarah ini tidak bercanggah dengan posisi Abu al-Hasan al-Ashcari sebagai pelopor berdirinya Ahli Sunah dalam bidang aqidah, sebab beliau --dalam masa yang sama—juga sebagai pengikut Imam Ahmad dalam bidang ibadah[4]. Menurut Umar Hasyim, antara bidang aqidah dan bidang ibadah mempunyai riwayat yang berlainan, meskipun kriterianya sama, yakni ahli Sunah waljamaah[5].

            Ketika Hadis  tentang “perpecahan umat”  belum ada jelas penafsiran tentang siapa yang dimaksud, maka al-Isfarayni, dengan berani menjustifikasi fahaman ahli Sunah waljamaah dalam aliran al-Ashcariyyah  semata-mata yang akan selamat dan benar, manakala yang lain adalah salah dan masuk neraka[6] pendapat ini kemudian diperkuat oleh al-Iji –sebagai kelompok al-Ashacirah terakhir--  dalam bukunya “al-Mawaqif[7]. 

            Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh al-Isfarayni dan al-Iji di atas, adalah sesuatu yang berlebihan sebab “kebenaran” bukanlah milik seseorang indifidu dan bahkan sesuatu kelompok tertentu, tetapi ia adalah milik semua orang, semua kelompok dan bahkan semua aliran, sepanjang mereka-mereka itu tetap berada didalam bingkai ‘ketauhidan’ dan dibawah panji-panji ‘agama Islam’ yang benar. Sesungguhnya sikap berlebihan seperti ini telah diwanti-wanti oleh al-Imam al-Ghazali dalam bukunya “Faisal al-tafriqah bayn al-islam wa al-zandaqah” dan “al-Iqtisad”. Dalam buku ini al-Ghazali mencela dengan kerasnya terhadap ‘taklid buta’ dan ekses kefanatikannya yang kadang-kala menganggap orang lain telah keluar dari Islam. [8] Sebab menurut al-Ghazali perbezaan pendapat dalam soal-soal yang kecil, sama ada yang bertalian dengan soal-soal aqidah ataupun amalan, bahkan pengingkaran terhadap perkara-perkara ‘khilafiyyah’ yang sudah disepakati oleh kaum muslimin pun tidak boleh dijadikan alasan untuk menghukum kafir orang lain.[9]


[1] al-Shahrastani, al-Milal, Vol. I, hal. 85. Muhamad Abduh, Risalat al-tawhid, hal. 18. 
[2] Ibid.
[3] Umar Hasyim, 2000, Ahl al- Sunnah wa al-jamacah, hal. 98.
[4] Diantara penyelidik ada yang menyebut bahawa dalam bidang ibadah Imam Ashcari penganut mazhab Shafii, seperti yang dikatakan oleh al-Subki, namun Qadi cIyad menyebut bermazhab Maliki, namun menurut Umar Hasyim pendapat yang terbanyak adalah Imam Asy’ari penganut mazhab Imam Hanbali. Ibid.h.99
[5] Ibid.
[6] al-Isfarayni, “al-Tabsir fi al-din”, hal.48,167.
[7] al-Iji, al-Mawaqif, hal. 429.
[8] al-Shaykh Abu Zahrah, al-Madhahib al-Islamiyyah,  hal. 283.
[9] Yusuf Musa, al-cAqidah wa al-shari cah fi al-Islam,  hal. 184.  

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

PENULIS BUKU KEKERASAN ATAS NAMA AGAMA

H. HAMZAH HARUN AL-RASYID. Lahir 30 juli 1962. Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini memperoleh gelar: • Sarjana Muda (BA) 1987,...