Kamis, 26 Juli 2012

Relevansi Ahli Sunnah dengan al-Ash'ariyyah.


Walau bagaimanapun, patut dikemukakan disini, bahawa sesungguhnya Abu al-Hasan al-Ashcari tidak bermaksud  menubuhkan aliran tersendiri yang terlepas daripada aliran yang telah sedia ada sebelumnya. Seperti yang telah disebutkan, bahawa ketika al-Ashcari,  didalam masjid Basrah,
menyampaikan orasi peralihannya dari fahaman Muktazilah, beliau telah mencanangkan fahaman yang dianut oleh Imam Ahmad ibn Hanbal, yakni menghidupkan fahaman Salaf. Namun, oleh kerana kejayaan al-Ashcari dalam memperkuat fahaman ulama salaf atau dengan istilah ahli Sunah dengan alasan-alasan ilmu kalam dalam bentuk yang lebih nyata, maka oleh pengikut-pengikutnya mengindentikkan mazhab al-Ashcariyyah dengan mazhab ahli Sunah waljamaah[1]

Dengan demikian, dapat difahami bahawa; kehadiran Abu Hasan al-Ashcari dalam khazanah pemikiran Salaf atau dengan istilah ahli Sunnah telah memberikan nuansa baru yang sangat spesifik  daripada masa sebelumnya iaitu, masa  Imam Ahmad bin Hanbal. Kalaulah dimasa-masa sebelumnya, tokoh-tokoh besar dalam bidang Fiqah dan Hadis yang terdiri daripada Malik, Ibn Hanbal, Shafici, demikian juga ulama hadis daripada kalangan Salaf seperti Sufyan al-Thawri mengharamkan Ilmu Kalam dengan mengemukakan alasan-alasan dan sebab-sebab yang merujuk kepada ketiadaan wujud Ilmu Kalam pada zaman hidup Nabi Muhammad s.a.w. dan para Sahabatnya, dan Ilmu Kalam tajaan Muktazilah pada zaman hidup Imam Malik, Imam Shafici dan Imam Ahmad ibn Hanbal[2], maka Imam al-Ashcari mempunyai pendapat yang berbeza dengan tokoh-tokoh Salaf tersebut, bahkan beliau menulis sebuah buku khusus bernama Risalah fi istihsan al-khawd fi cilm al-kalam untuk membela sahihan ilmu kalam sebagai salahsatu daripada ilmu-ilmu Islam. Buku itu juga menjawab dan menolak pandangan dan pegangan negatif ulama fikah dan ulama Hadis terhadap ilmu kalam. Premis al-Ashcariyyah ialah ulama yang menentang penggunaan akal dalam perkara agama dan perkara usuluddin adalah ulama yang bermodalkan  kejahilan dan cenderung kepada keringanan dan taklid[3].

            Kenyataan di atas menunjukkan bahawa, istilah ahli Sunah yang sedia ada diperaktikkan oleh kalangan ulama Salaf mempunyai wujud dan matlamat yang berbeza dengan apa yang ditanpilkan dan diperjuangkan oleh  Abu Hasan al-Ashcari.  Bagi al-Ashcari, setiap ada canggahan aqidah yang muncul, selain dicarikan jawapan-jawapannya daripada al-Qur’an dan Sunah, juga mesti dilengkapi dengan argument-argument logik serta analisis kalami yang mendalam dan sistematis. Itu pulalah sebabnya, sehingga beliau dikenal sebagai pelopor berdirinya aliran ahli Sunah waljamaah dengan istilah yang lebih khusus “Aliran al-Ashcariyyah”. Istilah madhhab ahl al-Sunnah wa al-jamacah versi aqidah telah menjadi sesebuah peristilahan yang relevan dengan  madhhab al-Ashcariyyah.[4]


[1] al-Shahrastani, al-Milal, Vol. I, hal. 85. Muhamad cAbduh, Risalat al-tawhid, hal. 18. 
[2] Ibrahim Abu Bakar, 2001,  Ilmu kalam paucis verbis, hal.106.
[3] Abu Hasan al-Ashcari, Risalah fi istihsan al-khwd  fi cilm al-kalam, hal. 87-88
[4] al-Shahrustani, al-Milal,  Vol. I, hal. 85. Juga Muhamad cAbduh, hal. 18. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

PENULIS BUKU KEKERASAN ATAS NAMA AGAMA

H. HAMZAH HARUN AL-RASYID. Lahir 30 juli 1962. Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini memperoleh gelar: • Sarjana Muda (BA) 1987,...