Jumat, 27 Juli 2012

Pengertian Sam’iyyat.

Term al-Samciyyat merupakan salah satu perkara teologi yang banyak mendapat sorotan bahkan menjadi perkara yang kontroversial dikalangan mutidakallimin, termasuk diantaranya adalah aliran  Ashcariyyah.
([1]) Hal ini disebabkan kerana perkara-perkara yang terkandung di dalamnya semuanya bersifat ghāyb dan akalpun tidak sanggup menjangkaunya. Kewujudan al-Samciyyat hanya boleh diketahui berdasarkan informasi dari Allah dan Rasulullah (saw). itu sebabnya, perkara al-Samciyyāt ini, juga disebut dengan al-Ghaybiyyāt.

            Secara etimologi, al-Samciyyat terambil daripada kata kerja:  سمع يسمع سمعا وسماعا dan kata tunggalnya adalah سمعية yang bererti pendengaran atau sesuatu yang didengar secara berpindah-pindah daripada satu individu  ke individu  lainnya. Pengertian ini sangat dekat kepada erti terminologinya, kerana al-Samciyyat dalam term ulama Kalam adalah suatu perkara yang hanya boleh difahami melalui pendengaran kerana akal tidak sanggup menjangkaunya.[2]
            Diantara perkara-perkara al-samciyyat yang secara jelas dan tegas dinyatidakan dan diyakini kebenarannya dalam aliran al-Ashcariyyah adalah: al-qalam, al-lawh, al-carsh, al-kursi, al- dajjāl, al-jannah, al-nār, cazab al- kabri, al-bacth, al-khawd, al-shafācah, al-mizān, al-mahshar, al-sirāt, al-thawāb wa alciqāb. Kesemua perkara tersebut dalam pandangan al-Ashcariyyah adalah wajib diimani, kerana kewujudannya selain telah mendapat legitimasi dari ayat-ayat al-Qu’ran dan Hadis Rasulullah, juga akalpun dapat menerimanya  sebagai sebuah perkara yang tidak mustahil. ([3])

            Perkara al-samciyyat dalam perspektif al-Ashcariyyah   bukanlah sesuatu perkara yang mesti diterima secara tidaklid, kerana akal budi mengakuinya dengan pasti dan meyakinkan, atas dasar kebijaksanaan, keadilan dan kemurahan Allah s.w.t. Apabila al-Ashcari dalam metode kalamnya sentiasa mendasarkan pada dalil naqli dan aqli, maka di dalam penjabarannya tidak pernah membuang satu tekspun daripada teks-teks al-Qur’an dan sunnah Rasulullah (s.a.w). Untuk itu, ketika sebahagian perkara al-samciyyat ini diingkari oleh aliran Muktazilah, maka al-Ashcariyyah justeru melakukan pembelaan. ([4])


[1] al-Ashcarī, Istihsān al-khawdcilm al-kalam, hal. 5-6.
[2] al-Mahdali, al-Samciyyat, hal. 7.
[3]al-Ashcarī, Istihsān, hal. 5-6. al-Juwayni, al-cAqidah al-nizamiyyah, hal. 61. al-Ghazali, Ihya culum al-din, Vol.I, hal. 104. al-Shahrastānī, al-Milal wa al-nihal, Vol. I, hal. 90. al-Iji, al-Mawaqif fi cilm al-kalam, hal. 337-414.  
[4] Diantara perkara al-Samciyyāt yang diingkari Muktazilah adalah al-khaūd dan azab kubur. al-Ashcari, al-Ibānah, Tahqiq Fawqiyyah Husaīn Vol. 2, hal.245, 247.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

PENULIS BUKU KEKERASAN ATAS NAMA AGAMA

H. HAMZAH HARUN AL-RASYID. Lahir 30 juli 1962. Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini memperoleh gelar: • Sarjana Muda (BA) 1987,...