Suatu hal yang penting dan mesti dikemukakan di sini bahawa, sesuatu aliran yang telah melintas dalam sejarah, pasti ia tidak mampu bertahan tanpa mengalami perubahan atau pengembangan yang signifikan dalam dirinya. Sebagai sesebuah aliran yang telah hadir dalam khazanah pemikiran Islam, al-Ashcariyyah pun tidak luput dari pengembangan tersebut, sama ada pada taraf metodologi mahupun menyangkut tema-tema kajian.
Ketika seseorang, membaca
literatur-literatur standar aliran al-Ashcariyyah, ia pasti mengakui
sebuah realiti bahawa dalam pelbagai hal dan isu teologi, tokoh-tokoh aliran
ini memiliki pendapat-pendapat yang bervariasi sama ada berdasarkan ijtihad
mereka sendiri ataupun mengikut pendapat salah seorang tokoh atau ulama lain
yang semasa dengannya.
Meskipun realiti seperti ini
diakui oleh sebahagian pakar ilmu kalam sebagai sebuah ekspresi ilmiah yang
tidak memiliki impak negatif pada aliran al-Ashcariyyah , kerana mereka menganggap sikap seperti ini masih dalam kerangka umum
(itar-cam) pemikiran aliran ini. Oleh kerana, apa yang mereka lakukan
adalah sebagai langkah positif untuk merespons transformasi yang terjadi
dalam dinamika sejarah yang tidak boleh
diabaikan. Adalah suatu hal yang menarik bahawa pengembangan yang
dilakukan oleh tokoh-tokoh aliran al-Ashcariyyah kadang- kadang telah mencapai darjah
yang hampir menyamai pendapat-pendapat Muktazilah dan para ahli falsafah, walaupun
Ashcari
sendiri telah berjuang untuk menghindarinya.
Dalam pembahasan ini akan di
kemukakan metodologi pemikiran daripada keempat-empat tokoh penting dalam
aliran al-Ashcariyyah, mereka
adalah; Imam Abu al-Hasan al-Ashcari, Imam al-Baqillani, Imam al-Juwayni, dan yang terakhir adalah Imam al-Ghazali. Keempat-empat tokoh ini dianggap
sebagai tokoh-tokoh utama yang telah
berjaya menghantar mazhab al-Ashcariyyah kearah lebih sempurna
sehingga mereka dianggap sebagai tokoh-tokoh refresentatif yang boleh mewakili
tokoh-tokoh al-Ashacirah lainnya bagi membincangkan aspek kemajuan, perkembangan dan
kesempurnaan aliran al-Ashcariyyah.
Selain itu, mereka juga dianggap sebagai
sosok yang menghadirkan nuansa-nuansa baharu bagi mengukuhkan asas dan prinsip aqidah ahli
Sunnah waljamaah, agar umat Islam tidak terjebak daripada spekulasi intelektual
yang skeptis, apatis dan jumud.
Karena itu, dalam aplikasi metodologi pemikiran mereka, diorientasikan bagi meluruskan
ekstrimis dan penyimpangan aqidah agar kembali kepada keyakinan yang lurus, betul
dan meyakinkan. Keempat-empat tokoh inilah yang memiliki pengaruh
besar dalam wacana pengembangan metodologi al-Ashcariyyah. Banyak tokoh lain melakukan hal yang sama, tetapi mereka tidak terlepas
dari upaya
keempat-empat tokoh tersebut. Dengan kata lain, mereka-mereka inilah merupakan
refresentatif yang sebenar dari aliran
al-Ashcariyyah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar