Jumat, 27 Juli 2012

Pengertian ‘Nabi’ dan ‘Rasul’

Dalam upaya memahami konsep “kenabian dan kerasulan” dalam Islam, perlu dilihat asal usul perkataan Nabi dan Rasul, istilah ini dianggap penting agar dapat difahami dengan jelas, bahawa istilah yang digunakan Islam memiliki pengertian khas yang berlainan dengan pengertian umum yang digunakan untuknya.
Menurut Ibrahim Abu Bakar, Asal usul perkataan Nabi dan Rasul itu perlu diketahui kerana sesuatu perkataan yang digunakan bukan dalam bahasa asalnya akan mempunyai erti yang sedikit banyak berlainan daripada erti perkataan itu dalam bahasa asalnya. Dengan demikian Ibrahim Abu Bakar dalam bukunya “Konsep Kerasulan” menjelaskan bahawa, perkataan Nabi memiliki hubungan rapat dengan perkataan Rasul kerana di antara kedua-duanya   ada dikatidakan mempunyai pengertian yang sama dan ada dikatidakn mempunyai pengertian yang berbeza.[1] Mengikut Ibrahim Abu Bakar, asal usul perkataan Nabi, didapati ada perbezaan pendapat dikalangan para penyelidik. Apakah perkataan itu berasal daripada perkataan Arab, Hebrew, Aramian dan Assaria-Babilonia?. Ibrahim  Abu Bakar, menyebutkan bahawa perkataan Nabi dalam bahasa Hebrew diterjemahkan kepada ‘prophet’  yang kemudiannya disesuikan dengan bahasa-bahasa Eropa yang lain. Dalam bahasa Greek klasik, ‘prophet’ bererti seorang yang memberi ucapan atau tafsiran terhadap suatu oracle yang dipercayai bukan daripada pemikirannya, tetapi suatu revelasi dari luar dirinya.[2] Selanjutnya, J. Horovitz menyebutkan bahawa, perkataan ‘Nabi’ dalam bahasa Arab adalah perkataan pinjaman daripada perkataan nabi dalam bahasa Hebrew, atau perkataan n’bi’a’, dalam bahasa Aram, dan didapati dalam al-Qur’an semenjak masa kedua di Makkah berbentuk mufrad  ‘nabi, dan jama’Nabiyyun’ dan di Madinah didapati bentuk jama’ tidaksir ‘ anbiya[3]

Selain itu, Cornil menyatidakan bahawa perkataan ‘nabi’  berasal dari perkataan nab’a[4] dalam bahasa Arab. kata Nabi, dengan demikian bererti seorang jurucakap yang mempunyai autoriti atau mendapat mandat.  Manakala J.A. Bawer menghubungkan perkataan ‘Nabi’ dengan perkataan ‘NJJ’ dalam bahasa Assaria yang bererti seseorang yang dibawa keluar atau dipindahkan oleh kuasa supernatural. Cornill, dalam menguatkan pendapatnya itu menyatidakan bahawa tiada terdapat bentuk asal dalam bahasa Hebrew yang bersesuaian dengan perkataan ‘Nabi’. Untuk itu,  Welhousen pergi lebih jauh dari cornill,  beliau berpendapat bahawa kenabian timbul dikalangan Bani Israel dalam masa huru-hara  selepas berlaku perang Palestin.[5]

Pendapat yang hampir senada dengan itu adalah pendapat Holscger dan Schmidt yang menyatidakan  bahawa   perkataan  nubuwwah digunakan oleh orang Yahudi selepas mereka menduduki Palestin. Oleh itu, Menurut Holscger dan Schmidt, sejak itu, perkataan ‘Nabi’ digunakan oleh mereka bagi menggantikan perkataan ‘roeh’.[6] Dari realiti di atas dapat difahami bahawa;  asal usul kata ‘Nabi’ juga terdapat dalam runpun bahasa Smitik.

            Menurut Ibrahim Abu Bakar, Jika dianalisis pendapat cornill yang menyebutkan bahawa; Perkataan ‘Nabi’ adalah perkataan yang berasal daripda perkataan bahasa Arab. Kemudian Wellhausen, Holscer dan Schmidt sependapat mengenai tiadanya perkataan ‘Nabi’ digunakan oleh orang Yahudi melainkan selepas perang Palestin. Ini bererti bahawa perkataan ‘Nabi’ bukan berasal daripada perkataan Hebrew. Perang Pelestin disini ialah peperangan yang terjadi diantara orang Yahudi dengan orang Romawi sebelum Islam.[7] Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa kata “Nabi” berasal dari bahasa Arab.

Kata " "  النبى [8] menurut Abu Hasan al-Ashcari adalah ambilan daripada salah sebuah dari dua bentuk pandangan iaitu;  “النبأyang bereti “berita”,    manakala pandangan yang kedua, mengikut al-Ashcari, bahawa kata النبي” terambil dari akar kata النبوة yang bererti “terangkat” ([9]) Mengikut al-Ashcari, pendapat pertama yang bererti berita, dimaksudkan bahawa Nabi adalah seseorang yang mendapat berita secara khusus daripada Allah swt. Manakala pendapat kedua yang bererti “terangkat” dimaksudkan bahawa Nabi adalah seseorang yang diangkat derajatnya oleh Allah dengan maksud untuk membezakan dan mengidtimewakannya daripada manusia biasa.[10]

Kedu-dua pandangan yang dikemukakan al-Ashcari di atas mendapat landasan daripada al-Qur’an. Pendapat yang mengatidakan bahawa erti kata Nabi adalah “berita” ditemukan dalam firman Allah : عم يتساءلون . عن النبأ العظيم[11] tafsirnya Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?.Tentang berita yang besar”. Kata al-nabi bererti “terangkat” melampaui yang lainnya ditemukan dalam firman Allah: أولئك الذين ءاتينهم الكتب والحكم والنبوة[12]  “Mereka Itulah orang-orang yang Telah kami berikan kitab, hikmat dan kenabian”. Berdasarkan keterangan ini, kata النبى bererti sesuautu pemberitahuan Allah kepada seseorang yang dikehendaki untuk diangkat dan ditinggikan derajatnya (sebagai nabi) dengan sesuatu pemberitahuan berupa wahyu kepadanya.

Pengertian ‘Rasul’ menurut  al-Ashcari adalah seseorang yang diutuskan (al-mursal). maka apabila kita menyebut kata Rasul Allah, mengikut  al-Ashcari,  bererti seseorang yang diutus oleh Allah kepada makhluknya bagi memperkenalkan tugas-tugas yang akan disampaikannya kepada manusia berupa hukum-hukum peribadatan,  janji dan ancaman, serta pahala dan dosa.[13] Dengan demikian, menurut al-Ashcari, secara terminologi, Nabi berbeza dengan Rasul, kerana semua Rasul adalah Nabi tetapi tidak semua Nabi adalah Rasul.  Salah satu alasan yang dikemukakan al-Ashcari adalah terdapat empat orang daripada jenis perempuan yang termasuk Nabi[14], manakala tidak seorang Rasulpun yang diutus oleh Allah berasal daripada jenis perempuan[15]. Al-Ashcari melandaskan pendapatnya dengan ayat al-Qu’ran:  [16]وما أرسلنا من قبلك الا رجالا yang tafsirnya “Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan orang laki-laki” demikian juga hadis : ن فى النساء أربع نبيات[17]    كاyang tafsirnya bahawa “terdapat empat orang daripada jenis perempuan yang termasuk nabi”.  
Selain itu, Rasul, mengikut al-Ashcari, adalah seseorang yang diutus kepada manusia, dan diwajibkan baginya untuk menyampaikan missi (risalah)  tersebut kepada manusia agar ditatati, dan diikuti perintahnya. Manakala tidak setiap Nabi  diutus untuk menyampaikan tugas-tugas risalah, walaupun Ia memiliki keistimewaan dengan manusia biasa dengan pelbagai keistimewaan sehingga ia mendapat kedudukan, kehormatan dan kemuliaan yang tinggi.[18]

Huraian al-Ashcari tentang erti nabi dan rasul tersebut di atas diikiuti sepenuhnya oleh al-Baqillani dalam erti bahawa definisi nabi dan rasul yang dikemukakan al-Baqillani tidak pempunyai perbezaan dengan definisi yang dikemukakan oleh al-Ashcari. Ini bererti bahawa al-Baqillani hanya mengikut definisi yang telah dikemukakan oleh al-Ashcari.[19]

Manakala Al-Juwayni, salah seorang tokoh al- Ashcariyyah, menyebutkan bahawa; Nabi dan Rasul membawa tugas memberikan perkhabaran gembira jika ummat mereka mengikuti jalan Allah dan penghabaran buruk jika ummat mereka tidak mengikuti jalan Allah. Menurut Al-Juwayni, “Bagi Allah menghantarkan Rasul dan mengutuskan Nabi berfungsi memberi perkhabaran gembira dan peringatan”[20] Keterangan  Al-Juwayni tersebut menunjukkan bahawa antara Nabi dan Rasul memiliki tugas dan fungsi yang sama. Pendapat yang sama dikemukakan oleh al-Gazali,[21] al-Iji,[22] dan al-Amidi[23] dari kalangan ulama al-Ashcariyyah.

            Dengan demikian, definisi kenabian mengalami perkembangan dalam pemikiran al-Ashcariyyah, sehingga erti kenabian adalah perlantikan dari Allah melalui wahyu-Nya yang menjelaskan kepada seseorang yang dipilih dan dilantik oleh Allah bahawa dia adalah Nabi dan Rasulnya. Rasul tidak dapat dipisahkan daripada Nabi dan Nabi tidak dapat dipisahkan daripada Rasul.

            Terdapat perbezaan pandangan daripada intelektual Islam tentang pengertian Nabi dan Rasul. Ibn Taymiyyah misalnya, mengemukakan definisi Nabi dan Rasul dengan menyatidakan bahawa; sesungguhnya baik nabi ataupun rasul masing-masing mendapatkan wahyu dari langit, juga masing-masing diperintahkan untuk menyampaikannya kepada manusia, hanya sahaja, nabi mendapatkan wahyu untuk memperkuat syariat agama sebelumnya, manakala rasul mendapat wahyu untuk sesuatu syariat yang baharu agar disampaikan kepada orang-orang kafir. Ibn Taymiyyah memperkuat pendapatnya dengan ayat al-Qur’an :
رسلنا من قبلك من رسول ولا نبي الا اذا تمنى ألقى الشيطان فى أمنيته[24]  وما أ
Tafsirnya:
Dan kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasulpun dan tidak (pula) seorang nabi, melainkan apabila ia mempunyai sesuatu keinginan, syaitanpun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu”.

Mengikut Ibn Taymiyyah, kata: من رسول ولانبيى   menjelaskan bahawa ‘pengutusan’ tidak sahaja terhad kepada seseorang Rasul semata, tetapi juga termasuk Nabi. Bezanya adalah para rasul diberi tugas untuk menyampaikan wahyu Ilahi kepada para penentang ketuhanan (kafir) dengan suatu konsep ajaran (agama) baharu dari Allah, manakala para nabi hanya bertugas menyampaikan pesan Allah (wahyu) kepada manusia berdasarkan agama sebelumnya, tanpa menghantar agama yang baharu daripada Allah s.w.t. ([25])




[1] Perkataan kenabian ialah kata nama terbitan bererti perihal Nabi. Perkataan ‘Nabi’ dalam bahasa Arab sama dengan perkataan ‘prophet’ dalam bahasa Inggeris. Dalam Kamus Harian Federal, 1977 ed., s.v. “nabi”, dan English cArabic and  cArabic  English Dictionary, s.v. “prophet” . Disini menampakkan perbezaan diantara perkataan Nabi dan Rasul. Sedangkan perkataan Rasul adalah kata nama dalam bahasa Malaysia. Kerasulan adalah nama terbitan yang bererti prihal Rasul, yang termasuk  soal sifat, martabat, kedudukan, ciri-ciri dan hal yang berhubungan dengan Rasul. Perkataan Rasul dalam bahasa Arab sama denagn perkataan ‘messenger’ dan ‘apostele’ dalam bahasa Inggeris. Kajian konprehensif tentang kerasulan ini telah di bahas secara mendalam oleh Ibrahim Abu Bakar, Konsep kerasulan dan peranannya dalam pembentukan masyarakat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,  1990, hal. 56.
[2]  Arameans adalah penduduk yang terletak memanjang dari sempadan Barat Babylonia ke tanah-tanah tinggi disebelah Barat Asia. Ibu negaranya Zenjirli ke sebelah utara Aleppo. Dalam septuaght dan valgate menamakan kawasan ini sebagai Syaria, manakala Assatria-Babilonia ialah dua buah empayar di lembah Mesopotamia di akhir tahun 3000 sebelumMasehi. Rujuk: Encyklopaedia Britanica, 1768 ed., s.v. “Aramens” dan “Baylon”. Ibrahim Abu Bakar, Ibid, hal. 56.
[3]  Enciclopaedia Britanica, s.v. “prophet”. Juga Konsep kerasulan, hal. 57.
[4] Perkataan ‘naba’ berarti memberitahu atau mengumumkan; English-Arabic and Arabic- English Dictionary, s. v. “naba’a”.
[5] Encyclopaedia of Religion and Ethics, s.v. “Prophecy (Hebrew)”, by E. Koning. Juga: Ibrahim Abu Bakar, Ibid,  hal. 57.
[6] Al- cAqqad, 1966, Haqaiq al-Islam, E.d. 3, Bayrut: Dar al-Katib al-cArabi, h. 91-92.
[7] Ibrahim Abu Bakar, Konsep kerasulan, hal. 57.
[8] Perkataan ‘al-Nabi’ dalam bahasa Arab mempunyai lima pengertian iaitu: (1) satu kawasan tanah tinggi; (2) satu tanda daripada tanda-tanda di alam yang dijadikan panduan; (3) satu tempat yang tinggi kedudukannya; (4) satu jalan; dan (5) seorang pengkhabar. Lihat,  Lisan al-cArab, 1968 ed., s.v. “al-Nabi”
[9]Pengertian ini dapt juga dijumpai pada al- Razī, Mukhtār al-Sahhah, Vol. I, hal. 74-75. Ibn al-Manzūr, Lisan al-carab, Vol. I, hal. 162-163. 
[10] Ibn Fawrak, Mujarrad maqalat al-Shaykh Abi al-Hasan al-Ashcari,  hal. 174.
[11] Al-Qur’an, al-Naba’ (78): 1-2.
[12] Al-Qur’an, al-Ancam: 89.
[13]  Ibn Fawrak, Mujarrad maqalat, hal. 174.
[14]Walaupun Al-Ashcari tidak menyebutkan secara rinci daripada nama-nama perempuan yang dimaksud, tetapi sejauh penyelidikan yang dilakukan dapat dipastikan bahawa keempat-empat perempuan tersebut adalah Istri Ibrahim, Istri Imran, Ibu Nabi Musa as. Dan Maryam Ibu Nabi cIsa.
[15] Ibn Fawrak, hal. 176.
[16] Al-Qur’an, Yusuf: 109.
[17] Ibn Fawrak, hal. 174. Setakat  penelitian yang, penulis lakukan,  tidak ditemukan hadis tersebut dalam kitab-kitab sahih mahupun kitab-kitab sunan, penulis mendapati hadis tersebut didalam beberapa kitab tafsir diantaranya adalah al-Jamic li ahkam al-Quran oleh al-Qurtubi, menurut beliau, hadis tersebut bercanggah dengan ayat al-Qur’an, Yusuf: 109 di atas. beberapa pakar dalam bidang ‘tafsir’ telahpun membahas daripada maksud ayat tersebut. Al-Baydawi demikian juga al-Shawkani,  memberi tafsiran bahawa Allah memberi tahu kepada kita bahawa Rasul adalah terdiri daripada manusia lelaki dan bukan terdiri daripada jenis malaikat. Pengutusan mereka adalah melalui pemberian wahyu kepada mereka. Pegangan bahawa terdiri dari manusia lelaki dan menerima wahyu adalah pegangan jumhur ahli tafsir. Walau bagimanapun, pendapat al-Ashcari tersebut mendapat dukungan daripada Ibn Hazm dalam al-Fasl fi al-milal, juz 5, hal.13. Juga oleh al-Alusi dalam Tafsir al-Alusi, juz 3, hal. 30. Bahkan al-Alusi mencukupkan jumlah mereka menjadi enam iaitu; Hawwa, Asiyah, Ummu Musa, Sarah, Hajar, dan Maryam.
[18] Ibn Fawrak, Ibid.             
[19] al-Baqillani,  al-Tamhid, hal. 156-176.
[20] al-Juwayni, Lamc  al-adillah, hal. 109.
[21] al-Gazali, Kitab al-arbacin fi usul al-din, hal. 22
[22] cAbd. Rahman bin Ahmad al-Iji, Mawaqif fi cilm al-kalam, vol. I, hal. 337.
[23]  Sharaf al-Din al-Amidi, Ghayat al-maram fi  ciIlm al-kalam, hal. 317.
[24] Al-Qur’an, al-Haj 22:52
[25] IbnTaymiyyah, al- Nubuwwāt, hal. 255-256.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

PENULIS BUKU KEKERASAN ATAS NAMA AGAMA

H. HAMZAH HARUN AL-RASYID. Lahir 30 juli 1962. Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini memperoleh gelar: • Sarjana Muda (BA) 1987,...