Jumat, 27 Juli 2012

Pentingnya Kenabian.


Apabila kita memperhatikan khazanah sejarah umat manusia, disetiap terjadi masa kevakuman, maka kebejatan moral dan kegelapan jiwa serta kebiadaban pasti  terjadi dimana-mana. Maka dimasa-masa itu
pulalah Allah sentiasa mengutus seseorang manusia pilihan untuk memberi peringatan kepada manusia agar mereka sentiasa berada dijalan yang benar. Mereka adalah para Nabi dan Rasul utusan Allah. Jumlah Rasul yang pernah diutus Allah untuk memimpin manusia di dunia ini sebanyak 313 orang, sedangkan jumlah para Nabi 124.000 orang. ([1])

            Dalam aliran al-Ashcariyyah, peringkat ‘Kenabian’ tidak dapat diperoleh hanya melalui usaha dan kerja keras,([2]) sekalipun telah mencurahkan segala daya dan upaya semisal; memperbanyak ibadah, meninggalkan segala nafsu dan syahwat dengan segala kenikmatan dunia dan keindahannya. Sebab ‘Kenabian’ dalam pandangan mereka adalah sebuah anugerah khusus daripada Allah kepada hambanya yang dikasihinya dengan terlebih dahulu memelihara jiwa, pikiran dan raganya dari berbagai kotoran, kesesatan dan dekadensi moral, sehingga mereka benar-benar telah memiliki kesempurnaan jiwa, akal dan jasmani untuk dapat menghantarkannya kepada maqam ‘Kenabian’. ([3]

                Atas dasar ini, pengutusan nabi dan rasul mempunyai erti yang sangat penting bagi aliran Ashcariyyah, kerana dalam fahaman teologi mereka, manusia mesti banyak bergantung kepada wahyu untuk mengetahui Allah dan alam ghayb, bahkan untuk mengetahui hal-hal yang bersangkutan dengan hidup keduniaan dan pelaksanaan tuntunan ibadah manusia. ([4])

            Meskipun pengutusan nabi dan rasul dalam pandangan al-Ashcariyyah sedemikian pentingnya, namun mereka tetap berpandangan bahawa pengiriman Nabi dan Rasul  tersebut hanyalah bersifat ja'iz atau mungkin bagi Allah.([5]) sedangkan Muktazilah memandangnya sebagai sebuah kewajipan bagi Allah.([6])   Bagi kaum Muktazilah mereka berpandangan bahawa oleh kerana Allah berkewajiban berbuat yang baik dan terbaik bagi manusia, wajiblah bagi Allah untuk mengirim Rasul-Rasul kepada umat manusia. Tanpa pengiriman Rasul- Rasul, manusia tidak akan dapat memperoleh hidup baik dan terbaik, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. ([7])

            Mengikut realiti sejarah, bahawa sejak masa klasik hingga kini, manusia telah mengemukakan berbagai gagasan bagi perbaikan masyarakat dan individu yang menjadi anggotanya, tetapi kerana manusia tidak awas, bahkan sangat mengabaikan akan rahsia-rahsia alam rohani dan kemakmuran material, maka ia tidak pernah mampu untuk mengemukakan gagasan-gagasan yang sepenuhnya boleh memenuhi keperluan-keperluan fitrah manusia. Kerana itu, Burros menyatidakan bahawa, di Prensten ia mendengar Einstein berkata, bahawa “ilmu mengajar kita tentang apa yang ada disuatu tempat, tetapi agama mengajar kita tentang apa yang seharusnya ada di suatu tempat”. Selain itu, Victor Hogo berkata bahwa, “Makin jauh manusia maju maka makin besar pulalah keperluannya akan agama”. ([8])

            Kutipan di atas cukup menjadi bukti bahawa apapun yang diajarkan oleh intelegensia kepada kita, betapapun benarnya, tidak ada jaminan bahawa kita akan mengikuti gagasan-gagasan itu. Banyak orang tahu melalui intelegensia dan pengetahuannya bahawa berjudi, minum minuman keras, mencuri, dan berbuat kejahatan, adalah bukan hal-hal yang baik. Meskipun demikian, mereka tetap sahaja menjadi korban perbuatan jahat seperti itu.

            Tetapi, oleh kerana skema Ilahiyyah yang bersumber dari sesuatu mata air pengetahuan yang suci dan tidak terbatas, maka ia tidak menyisakan sedikitpun ruang bagi kesalahan, dan kerana ia memancar dari hati-hati suci para nabi, maka ia berjaya mempengaruhi umat manusia. Lagi pula, adanya faktor ‘ganjaran’ dan ‘hukuman’, mendorong manusia untuk menerapkan skema ini secara konsisten. Dengan demikian, mengandalkan intelegensia dan pemikiran sahaja tidaklah cukup. Tetapi, suatu penegasan mesti ditemukan melalui bantuan Ilahi. Sehingga, manusia boleh mendapat kebahagiaan tanpa terselewengkan.

            Atas dasar itu, pengutusan Nabi dan Rasul mempunyai erti yang sangat penting bagi kaum al-Ashcariyyah, kerana dalam fahaman teologi mereka, manusia haruas banyak bergantung pada wahyu untuk mengetahui Allah dan alam ghaib, bahkan untuk mengetahui hal-hal yang bersangkutan dengan hidup keduniaan dan pelaksanaan tuntunan ibadah manusia. ([9])

            Dari huraian-huraian yang telah disebutkan di atas dapat disimpulkan bahawa, sungguhpun pengutusan Nabi dan Rasul dalam teologi al-Ashcariyyah mempunyai erti penting, tetapi mereka menolak status ‘wajib’ bagi Allah atas pengutusan nabi dan rasul, kerana hal itu bertentangan dengan keyakinan mereka bahawa Allah tidak mempunyai kewajipan apa-apa terhadap manusia. Fahaman ini bersesuaian dengan keyakinan al-Ashcariyyah tentang kekuasaan dan kehendak mutlak Allah. Allah berbuat apa sahaja yang dikehendaki-Nya. ([10]) Oleh itu, Pengiriman Rasul-rasul menurut mereka, tidak bersifat wajib, tetapi hanya bersifat harus. ([11])


[1] Abū Bakr al-Jazāirī, cAqidat al- muslim, hal. 214. Juga, al-Mahdali, al-Nubuwwat, hal. 11.
[2] Seperti halnya dalam padangan kaum Sufi illuminasionis yang beranggapan bahawa; Kenabian tidak lain adalah hasil dari pengembangan jiwa-jiwa kemanusiaan hingga sampai kepada alam malaikat. Ibn Sina, al-Isharāt wa al-tanbihāt, hal. 829-834, 752, 765, 886.
[3] Ibn  Fawrak, Mujarrad, hal. 175, al-Bāqillānī, al-Bayān can al-farq bayn al-mucjizāt wa al-karāmāt, hal. 8. al-Juwaynī, al-Irshād, hal. 257-260. al-Gazālī, al-Iqtisād, hal.88, al-Ījī dan al-Jurjānī dalam al-Mawāqif , Vol VIII, hal.228.
[4] al-Razī, al- Nubuwwāt, 95.
[5] Ibn Fawrak, hal. 174. al-Baqillani, al-Tamhid, hal. 156. al-Juwayni, al-Irshad, hal. 257. al-Ghazali, al-Munqidh, hal. 66-67. al-Shahrastānī, al-Milal, Vol. I, hal.89.
[6] cAbd. al-Jabbar, Sharh al-usūl al- khamsah, hal. 563-564
[7] Ibid.
[8] Dar al-Haq, 1990, The Rools of religion, hal. 78.
[9] al-Razī, al- Nubuwwāt, hal. 95.
[10] al- Ashcarī, al- Lumac, hal.71.
[11] al- Shahrastānī, al- Milal wa al- nihal, Vol’ I, Hal. 89.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

PENULIS BUKU KEKERASAN ATAS NAMA AGAMA

H. HAMZAH HARUN AL-RASYID. Lahir 30 juli 1962. Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini memperoleh gelar: • Sarjana Muda (BA) 1987,...