Berangkat daripada pemahaman terma ahli Sunah waljamaah di atas, soalan
selanjutnya adalah; Benarkah semua aliran dan puak dalam Islam itu termaasuk beraqidah ahli Sunah waljamaah, dengan kata lain,
kriteria apa yang dipakai untuk menilai sebuah aliran boleh memakai
label ahli Sunah waljamaah?
cAbdul Qahir
bin Tahir al-Baghdadi, memasukkan lapan kelompok yang berhak memakai label ahli Sunah waljamaah, iaitu: Pertama, para ahli ilmu
Kalam, yang memahami sebenar perkara-perkara keesaan Tuhan, kenabian, mengikuti metodologi aliran al-Sifatiyyah (menetapkan
sifat-sifat Tuhan) tapi tidak terseret ke dalam faham tashbih (antropomorfis) dan
tactil serta bidaah kaum Syiah, Khawarij dan kelompok-kelompok bidaah lainnya.
Kedua, aliran Fuqaha, sama ada daripada ahl al-ra'yi mahupun ahl al-Hadis. Ketiga,
aliran Muhaddithun, adalah mereka yang ahli dalam melacak jalur-jalur Hadis dan athar, mampu membezakan antara Hadis-hadis yang sahih dan dacif, menguasai al-jarh
wa al-tacdil. Keempat, para pakar kesusasteraan, semisal al-Khalil, Abu cAmr bin al-Acla, Sibawayh,
al-Farra', al-Akhfash, al-Muzani, Abu cUbayd
dan lain-lain. Kelima, para ahli Qurra dan Mufassirin yang
melakukan penafsiran dan penakwilan ayat-ayat al-Quran sesuai dengan aliran ahli
Sunah waljamaah. Keenam Para ahli Zuhhad daripada ahli tasawuf yang giat
beramal dengan tulus ikhlas dan menyedari sepenuhnya bahawa sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan
hati, kesemuanya akan dipertanggungjawabkan didepan Allah swt. Ketuju, Mereka yang bertugas di
pos-pos kawalan umat Islam untuk menjaga keamanan negara dari serangan musuh,
menjaga maruah umat Islam, dengan sentiasa mengamalkan ajaran ahli Sunah
waljamaah di pos-pos pertahanan mereka. Kelapan adalah semua negara yang
mengaplikasikan syiar ahli
Sunah waljamaah.[1]
Pengelompokan al-Baghdadi di atas, dianggap masih terlalu umum, walaupun
sesungguhnya batasan antara ahli Sunah dan ahli bidaah telah ada nampak dipermukaan. Oleh itu, Abu Bakr al-cArabi, salah seorang
toko ulama al-Maliki dalam bukunya “al-cAwasim min
al-qawasim”
memberikan pembatasan yang lebih khusus
lagi dengan hanya menyebut empat katagori, iaitu; Pertama, ahli Hadis yang sentiasa memelihara keorsinilan Hadis-hadis
Rasulullah. Kedua, aliran
Kalam yang sentiasa menghadapi pelbagai tentangan dan serangan pemikiran yang
tertuju kepada Islam. Ketiga, Tokoh-tokoh Fuqaha yang sentiasa melicinkan jalan dan meletakkan dasar-dasar ibadah dan muamalah
serta membentangkan batasan antara halal dan yang haram. Keempat, ahli Tasawuf
yang sentiasa memfokuskan diri terhadap pembersihan jiwa dan pemantapan ibadah
serta mengasingkan diri daripada masyarakat ramai demi pelaksanaan kontemplasi
dengan Tuhan.[2]
Selain itu, Ibn Taymiyyah di dalam bukunya Minhaj
al-Sunnah, menyimpulkan kepada tiga golongan yang boleh masuk
dalam kategori aliran ahli Sunnah iatu; Pertama, ahli Hadis. Kedua,
mazab Fiqah. Ketiga, aliran Kalam daripada kelompok ithbat (yang
menetapkan sifat-sifat Tuhan), seperti : Ibn Kullab, al-Ashcari, dan al-Baqillani.[3]
Dari keterangan di atas, dapat diambil kesimpulan bahawa; yang termaasuk di dalam kategori ahli Sunah waljamaah bukan sahaja daripada aliran teologi, tetapi juga aliran
fiqah, aliran Hadis dan aliran tasawwuf. Dalam konteks ini disebut aqidah Sunni, fiqah Sunni, Hadis Sunni dan tasawwuf Sunni. Aqidah Sunni dimaksud sebagai sebuah istilah untuk
menghadapi akidah bidaah, fiqah Sunni dimaksud sebagai istilah untuk menghadapi
fiqah Syiah, Hadis Sunni dimaksud sebagai istilah untuk menghadapi hadis palsu
dan tasawwuf Sunni dimaksud sebagai sesebuah istilah untuk menghadapi tasawuf
Falsafi.
Dari huraian-huraian di atas dapat difahami bahawa istilah ahli Sunah
--pada awalnya-- merupakan sebuah peristilahan yang bersifat umum yang boleh
meliputi; bidang aqidah, fiqah, Hadis dan tasawwuf dan lain lain. yang tentunya
masing-masing bidang tersebut mempunyai tokoh-tokoh panutan masing-masing.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar