Senin, 10 Desember 2012

Ahli Sunah Waljamaah

Sesungguhnya Abu al-Hasan al-Ashcari tidak bermaksud menubuhkan aliran tersendiri yang terlepas daripada aliran yang telah ada sebelumnya, sebab maklumat sejarah juga menyatakan bahwa ketika al-Ashcari, di dalam masjid Basrah, menyampaikan orasi peralihannya dari fahaman Muktazilah, beliau telah menrencanakan fahaman yang dianut oleh Imam
Ahmad bin Hanbal, yakni menghidupkan fahaman Salaf sebagaimana yang dianut dan diajarkan oleh Imam Ahmad. Namun, oleh karena kesuksesan  al-Ashcari dalam memperkuat fahaman ulama salaf atau dengan istilah ahli  Sunah dengan alasan-alasan ilmu kalam dalam bentuk yang lebih nyata, maka oleh pengikut-pengikutnya menyamakan mazhab al-Ashcariyyah dengan mazhab ahli Sunah wajamaah[1]
Dengan demikian, kehadiran Abu Hasan al-Ashcari dalam khzanah pemikiran Salaf, atau dengan istilah ahli Sunnah, telah memberi nuansa baru yang berbeza dengan masa sebelumnya iatu, masa  Imam Ahmad ibn Hanbal. Kalau dimasa sebelumnya istilah ahli Sunah dipakai dalam pengertian umum, maka kali ini secara spesifk diguna dalam bidang akidah. Dalam konteks ini, maka ketika istilah mazhab ahli Sunnah disebut, maka tak syak lagi, bahawa yang maksud daripada istilah itu adalah  akidah “al-Ashcariyyah”[2]. Masalah ini memang beralasan sebab,   ketika Imam Ashcari menulis satu buku guna menjawab pertanyaan-pertanyaan ahl al- thighar, beliau beri nama dengan judul cAqidat ahl al-Sunnah wa al-jamacah”.   Itu pulalah sebabnya, Umar Hasyim menyatakan bahwa; “Imam al-Ashcarilah yang mendapat sebutan sebagai pelopor dan pembangun ahli Sunah waljamaah dalam bidang akidah...”[3] Dengan demikian pernyataan Mustafa al-Shakcah yang menyebutkan  bahawa; term “Ahli Sunah  waljamaah” pertama kali dinisbah kepada aliran Ashcariyah,  dapat difahami dan diterima.
                Di atas telah disebutkan bahawa sebelum Imam Ashcari menyampaikan orasi peralihannya dari fahaman Muktazilah, beliau telah menrencanakan fahaman yang dianut oleh Imam Ahmad ibn Hanbal, yakni menghidupkan fahaman Salaf. Menurut Umar Hasyim, konteks sejarah ini tidak bertantangan dengan posisi Abu al-Hasan al-Ashcari sebagai pelopor berdirinya ahli Sunah dalam bidang aqidah, sebab beliau --dalam masa yang sama—juga sebagai pengikut Imam Ahmad dalam bidang ibadah[4].  Menurut Umar Hasyim, antara bidang aqidah dan bidang ibadah mempunyai riwayat yang berlainan, meskipun kriterianya sama, yakni ahli Sunah waljamaah[5].


[1] al-Shahrastani, al-Milal, Vol. I, hal. 85. Muhamad Abduh, Risalat al-tawhid, hal. 18. 
[2] Ibid.
[3] Umar Hasyim, 2000, Ahl al- Sunnah wa al-jamacah, hal. 98.
[4] Diantara penyelidik ada yang menyebut bahawa dalam bidang ibadah Imam Ashcari penganut mazhab Shafii, seperti yang dikatakan oleh al-Subki, namun Qadi cIyad menyebut bermazhab Maliki, namun menurut Umar Hasyim pendapat yang terbanyak adalah Imam Asy’ari penganut mazhab Imam Hanbali. Ibid.h.99
[5] Ibid.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

PENULIS BUKU KEKERASAN ATAS NAMA AGAMA

H. HAMZAH HARUN AL-RASYID. Lahir 30 juli 1962. Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini memperoleh gelar: • Sarjana Muda (BA) 1987,...